Wednesday 25 April 2012

Sekarang ini minggu exam dah bermula....student tengah berhempas pulas membanting tulang untuk menjawab peperiksaan...kita doakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka beroleh kejayaan..dan tiada yang kena tangkap meniru...

Semester pendek pula akan bermula pada 8.5.12 kerana 7.5.12 adalah cuti hari hol. Masa terlalu cepat berlalu. Musim demam ia juga, hospital penuh...berbagai keluhan...

Bulan mei penuh dengan kursus...boringlah...apa kata saya ajar cakap acheh..
satu-  sa
dua -dua
tiga- lehe
empat - peit
lima- limong
enam- enam
tujuh- tujuh
lapan-lapan
sembilan- sekureng
sepuluh- seploh

Tuesday 13 March 2012

Pendaftaran kursus

hai...kawan-kawan 
tak lama lagi nak start semester pendek pulak...sibuknya, macam-macam nak buat  tapi apa-apa pun berbalik kita kepada Allah swt....boring ke..letih ke..tak suka ke.....kita kena ingat kat Dia... kerja ini satu ibadah, semoga  niat kita dari pagi sampai petang tak berubah....amin

Selalu bertemu jangan jemu....
Selalu berpisah jangan gelisah...

Thursday 23 February 2012

Kursus

hari ini kami berkursus membina laman blog.....seronok..cikgu dia comel senyum sokmo..peserta kursus pulak galak bebenar...tapi semua orang nampak enjoy

Acheh

Masakan acheh ini menggunakan belimbing buluh yang dikeringkan, proses ini memakan masa sikit tapi kalau dah ada kita guna je... ada dijual...kena cari...nak masak senang je.. mula-mula kena cari ikan kayu (aye), bawang merah, bawang putih, minyak masak sikit, belimbing buluh yang fresh. Basicnya mesti ada belimbing kering yang telah diblend..ok
stepnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Masukkan bawang yang telah dihiris sehingga kuning
3. Masukkan belimbing yng telah diblend tadi( bubuh air), ikan. Air agak-agak tenggelam ikan.
4. Masukkan belimbing fresh yang telah di hiris...tunggu sampai mendidih....

 Boleh dimakan dengan nasi, lempeng dan cucur...

Selamat Datang

Dua orang cahayamataku Hajar Yasirah dan Mohammad Yusri Hafiz adalah amanah Allah swt . Berumur 10 dan 9 tahun.